Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

Ikan Masak Cabai (Cili)

Hari ini Kak Noor nak pertengahkan resepi Ikan Masak Cabai (cakap orang Utara) atau dalam erti kata lain Ikan Masak Cili.  Bezanya ikan masak cabai dengan sambal tumis ikan ialah sambal tumis ikan kita masukkan sedikit belacan.  Resepi ini amat mudah dan ringkas, dan hanya sedikit sahaja bahan digunakan. Bahan-bahannya: 6 ekor ikan kembung (boleh guna ikan lain, ikan ketul pun boleh) 1 cawan air 3 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tomato Gula dan garam secukupnya 1 sudu kecil perisa TUMIX ikan bilis 2 biji bawang besar dihiris bulat Minyak secukupnya untuk menumis Bahan-bahan untuk dikisar: 4 senduk cili kering yang telah dikisar (Kak Noor senduk nasi untuk menyukat) 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 biji tomato saiz kecil Penyediaannya: Ikan dibasuh bersih dan digaramkunyitkan.  Kemudian digoreng sehingga masak; tetapi jangan sampai garing. Panaskan kuali/periuk dan masukkan minyak masak.  Masukkan bahan-bahan kisar dan kacau rata.  Tutup periuk dan m

Daging Masak Hitam (Nasi Kandar Pulau Pinang)

Hidangan untuk satu keluarga.  Bahan-bahan : 1 kg. daging lembu segar (dipotong hiris mengikut urat daging, anggaran 16 keping) 2 biji bawang besar saiz sederhana dipotong hiris memanjang 5 sudu besar rempah kari daging 1 sudu kecil serbuk jintan putih 1 sudu kecil serbuk jintan manis 5 sudu besar cili kering yang telah dikisar halus atau mengikut citarasa kepedasan masing-masing 5 sudu besar kicap pekat mee atau 1/2 botol kicap manis Gula secukup rasa 1 sudu kecil perasa ayam Tumix Garam (sekiranya masakan tidak terasa garamnya) Minyak masak untuk menumis (jangan terlalu banyak minyak, anggaran 2 senduk besar) Bahan untuk kisar / tumis: 2 biji bawang besar dikisar 5 ulas bawang putih + 10 cm halia dikisar 2 batang serai diketuk 4 helai daun pandan (dipotong atau disimpul, ikut citarasa masing-masing) 2 tangkai daun kari 2 batang kayu manis (setiap batang lebih kurang 2 inci) 4 biji buah pelaga 4 kuntum bunga lawang 4 kuntum bunga cengih CARA PENYEDIAAN: P

Nasi Lemak (menggunakan santan kelapa sawit KHALIS)

Kak Noor telah memperkenalkan santan kelapa sawit KHALIS dalam blog hari itu. Sejak diperkenalkan santan kelapa sawit KHALIS ini, Kak Noor tidak lagi membeli santan kelapa untuk masakan. Lagipun ada rakan sekerja yang membekalkan santan ini. So mudah dapat. Boleh juga didapati di pasar raya Giant. Anyway hari ini Kak Noor nak share resepi membuat nasi lemak menggunakan santan kelapa sawit. Kak Noor masak lemak ni menggunakan periuk elektrik; mudah dan cepat. Dah banyak kali Kak Noor masak dan anak-anak kata memang sedap. Yang paling Kak Noor suka tengok ialah warna nasi lemak putih berseri selepas masak. Bahan-bahannya (untuk hidangan 10 orang) 1 kg. beras (Kak Noor guna beras cap masjid) (Boleh juga guna beras basmathi) 300ml santan khalis 200ml air 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil gula 4 ulas bawang merah (diracik halus) 2 ulas bawang putih (diracik halus) 2 inci halia diketuk 2 batang serai diketuk 1 inci kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 2 kuntum bunga cengk

Petua Simpan Beras

Beras yang disimpan lama kalau nasib tak baik akan terdapat kutu atau kumbangberas.  Oleh itu bagi mengelakkan beras dihinggapi serangga-serangga ini, cuba amalkan petua ini.  Petua ini diamalkan sejak dulu lagi oleh nenek moyang kita. Cili kering, daun pelepah belimbing, daun limau purut Masukkan beberapa biji cili kering di dalam bekas simpanan beras.  Pastikan dili kering tersebut ditimbus dengan beras.  Ada juga petua yang mengatakan kita boleh memasukkan beberapa helai daun limau purut dan beberapa helai pelepah daun belimbing.  Bagi pelepah daun belimbing, kita hendaklah menjemurnya terlebih dahulu sehinggga kering.  Masukkan beberapa biji cili kering di dalam bekas simpanan beras.  Pastikan dili kering tersebut ditimbus dengan beras.  Ada juga petua yang mengatakan kita boleh memasukkan beberapa helai daun limau purut dan beberapa helai pelepah daun belimbing.  Bagi pelepah daun belimbing, kita hendaklah menjemurnya terlebih dahulu sehinggga kering. 

Kek Angry Bird

Sekarang ini musim `ANGRY BIRD' di kalangan anak-anak kita. Anak Kak Noor yang bongsu berumur 8 tahun juga turut terkena tempias Angry Bird ni. Minggu lepas pada 23 Oktober 2011, Kak Noor telah mengadakan majlis kecil-kecilan sempena menyambut ulang tahun hari lahirnya yang ke-8 tahun.  Dia demand   minta kek Angry Bird untuk birthdaynya.  Mau tak mau terpaksalah Kak Noor akur dengan kehendaknya..  Puas juga cari kat kedai kek tetapi tidak memenuhi citarasa.  Bila kata nak beli kek lain, dibuat muka empat belasnya.  Kesian dan tak sampai hati, anak bongsulah katakan...  Lastly Kak Noor tempah kek ini daripada rakan sepejabat Kak Noor iaitu `Kak Chah'.  Dia ni memang terror buat kek.  Bagi tahu saja nak kek apa dan bagi contoh, dia boleh buat. So kalau nak tempah, bolehlah contact Kak Noor. Berat sungguh kek ini, lebih kurang 5 kilo.  Berbaloi baloi... Nak tahu berapa harga?

Mengurangkan Kemasinan Ikan Masin

B agi penggemar-penggemar ikan masih seperti ikan gelama, ikan talang, ikan kurau, ikan tenggiri dan ikan-ikan masin yang lain yang tidak berapa gemar dengan kemasinan yang terdapat pada ikan-ikan berkenaan tetapi masih gemar untuk menikmatinya kemasinan yang ala kadar, bolehlah mencuba resepi ini. Ikan masin hendaklah direndam dalam bekas air yang berisi air garam juga Untuk satu atau dua ekor ikan masin, cuma masukkan 1 atau 2 sudu besar garam dalam air. Kalau dalam kuantiti yang banyak, masukkan lebih garam dalam air. Rendam ikan kering dalam air garam lebih kurang 20 - 30 minit. Mungkin kita tertanya-tanya mengapa ikan yang telah masin masih hendak direndam dengan garam.  Sebenarnya garam yang kita rendam itu akan menyerap semula garam daripada ikan masin tersebut.  Selepas melepasi 30 minit, basuh ikan masin dengan air bersih.  Toskan.

Hilangkan Hanyir Ayam

Petua ini diberikan oleh bonda Kak Noor.  Insya Allah jika mengamalkan petua ini, daging ayam tidak hanyir. Kak Noor senantiasa mempraktikkannya ketika membasuh daging ayam atau daging lembu.  Kebiasaannya Kak Noor membeli ayam di pasar (bukan pasar raya ye), siap suruh dipotong kecil-kecil.  Senang bila balik rumah, basuh saja. 1.  Terlebih dahulu buangkan lemak dan darah beku yang terdapat pada daging ayam. Sekiranya tidak suka kulit, boleh juga dibuang. Kemudian dibersihkan dengan air sekali. 2.  Kemudian gaul ayam tadi dengan tepung gandum dan cuka.  Sekiranya tiada cuka, boleh digantikan dengan limau kasturi.  Ketepikan seketika lebih kurang 5 minit.  Kemudian dicuci dengan air biasa sehingga kesan tepung hilang dan bersih.  Toskan. 

Taugeh Kekal Segar

Sekiranya masih ada lebihan taugeh yang perlu disimpan, cuba petua ini.Masukkan taugeh dalam sebuah bekas bersama air.  Air hendaklah melepasi paras taugeh yang disimpan.  Campurkan dengan sedikit garam dan simpan dalam peti ais di atas rak.

Membersih dan Memotong Kobis

Tips dan petua membersih dan memotong kobis ini Kak Noor ambil daripada laman web  http://balannambiar.wordpress.com  untuk dikongsi bersama.  Boleh ke laman web berkenaan untuk mencuba resepi-resepi masakan utara @ mamak. Kebiasaannya bahagian dalaman kobis ini bersih. Ala kadar bersihkan di luaran saja sudah mencukupi. Tetapi dalam banyak kes dalam masakan sayur ini, ada ditemui "cacing sayuran” di  bahagian dalaman kobis.  Dengan ini apa yang disarankan ialah, “biar lambat, asalkan selamat” untuk dimakan, kalau tidak anda yang termakan cacing ini, akan fobia pada sebarang masakan kobis sepanjang hayat anda. Cara bersihkan kobis yang selamat ialah buka sehelai demi sehelai dan bersihkan dengan cara alirkan air bersih menerusi pili paip di dapur. Selepas itu masukkan dedaun kobis itu di dalam bekas yang berisi air garam  atau air cuka untuk membersihkan telur cacing ataupun serangga lain yang sukar dibersihkan. Rendam selama 15 – 20 minit. Basuh kembali dengan air bersih dan masu

Bihun Singapura

Bahan-bahannya: 2 bungkus bihun (boleh dibeli di pasar raya) 500 gm udang saiz sederhana (buangkan kulit) 200 gm isi daging (hiris nipis) 2 batang karot (potong halus seperti batang mancis atau parut panjang-panjang) 1 biji kobis saiz kecil Garam, gula, dan perisa 2 sudu sos tiram Bahan untuk ditumis: 1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih Bahan untuk pes (dikisar): 2 biji bawang besar 6 ulas bawang putih 3 sudu besar rempah kurma atau rempah sup 3 - 4 sudu lada hitam Bahan untuk hiasan: Daun bawang dan daun sup diracik halus 2 biji telur digoreng dadar dan dihiris halus 2 inci memanjang Bawang goreng Cili merah dihiris halus Penyediaannya: 1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan pes, sos tiram dan masak sehingga wangi dan terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan air secukupnya dan biarkan kuah mendidih. 2. Kemudian masukkan daging dan masak sehingga daging empuk. Setelah daging empuk, masukk

LAKSA PENANG

Antara menu hidangan yang disajikan untuk para tetamu sempena majlis ulang tahun hari lahir anak bongsu Kak Noor yang ke-8 tahun ialah Laksa Penang. Laksa Penang memang menjadi kegemaran keluarga Kak Noor. Puas hati masak sendiri daripada beli kat kedai kerana ia menepati citarasa sebenar Laksa Penang. Di sini Kak Noor nak kongsi menu Laksa Penang untuk lebih kurang 30 - 40 orang makan. Bahan-bahannya: 3 kg ikan mata besar (boleh guna ikan kembong dan ikan sardin) 1 ekor ikan tongkol sederhana besar (Direbus bersama beberapa keping asam gelugor) 4 bungkus laksa kering 7 - 10 keping asam gelugur 2 kuntum bunga kantan dibelah dua, batang diketuk 4 sudu besar pes udang 2 cekak daun kesum / cenohom 4 cm keratan lengkuas (diketuk) 6 batang serai (diketuk) Garam, gula pasir dan serbuk perisa mengikut rasa. Bahan-bahan untuk dibuat pes (dikisar halus): Anggaran RM3.00 cili kering dibuang biji (boleh tambah ikut kepedasan). Perlu direbus. 3 ulas bawang putih. 4 biji bawa

Kari Ayam Utara ala Bonda

Agak lama juga Kak Noor tak buat kari ayam ni sebab dah lama tak beli ayam. Kak Noor lebih suka beli ayam organik kalau nak buat kari ayam. Ayam organik ni selalunya dibeli di pasar tani dan juga kat kedai HPA. Lain rasanya, macam kari ayam kampung, teringat masakan bonda dulu-dulu. Okay, tanpa berlengah lagi kita terus ke masakan kita hari ni. Kak Noor masak resepi ini seawal jam 5.30 pagi tadi untuk anak-anak kat rumah. Sempat juga snap beberapa keping gambar untuk dipaparkan; tetapi Kak Noor ni bukanlah amateur photographer. Gambar ala-ala kadar saja. Bahan-bahannya: 1 ekor ayam dibersihkan dan dipotong ikut saiz yang anda suka (hendaklah digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, dan diperap seketika) 1 cawan santan dicampurkan dengan 4 - 5 cawan air (Kak Noor guna santan kelapa sawit Khalis; rujuk catatan Kak Noor mengenai santan ni) Ubi kentang dibelah dua (kuantiti ikut citarasa) 2 biji tomato (dipotong dua atau empat, bergantung kepada saiz tomato) 3 biji ci

Ikan Masak Asam Tumis

Bahan-bahannya: 3 ekor ikan (boleh guna ikan kembung, plata, pari) - Kak Noor guna ikan selar Bendi (kuantitinya ikut suka) 1 biji tomato Daun kesum 1 kuntum bunga kantan (dibelah dua) 2 batang serai dititik Air asam jawa 1 kiub tom yam (Kak Noor guna kiub tom yam Knorr) Garam dan 1 sudu kecil gula Sedikit minyak untuk menumis Antara bahan-bahan yang digunakan Bahan-bahan dikisar: 1 cawan cili kering yang telah dikisar 1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 1 inci halia Sedikit belacan Penyediaannya: Panaskan minyak dalam periuk.  Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar, kacau sebati dan tutup periuk.  Masak sehingga naik bau dan terbit minyak.  . Setelah terbit minyak, masukkan air asam jawa secukupnya, diikuti dengan garam, kiub tom yam, gula dan serai.  Setelah kuah mendidih, masukkan ikan, daun kesum dan bunga kantan. Kacau sebati dan masak sehingga ikan masak.  Akhir sekali masukkan bend

Kuah Kacang Berdaging Utara

Kuah kacang ini adalah resepi yang diturunkan oleh bonda Kak Noor.  Kak Noor tak copyright kat mana-mana.  Semuanya asli.  Semasa Hari Raya, Kak Noor masak kuah kacang ini untuk dimakan dengan nasi empet dan ketupat.  Kuah kacang ini boleh juga dicicah dengan sate dan cucur udang.  Pernah masak untuk ofis masa jamuan, kawan-kawan kata sedap.  Cubalah resepi ini.  Bahan-bahannya: 1 kg. kacang tanah yang telah siap dikisar Sedikit daging lembu dipotong kecil dan nipis Air asam jawa Gula putih + gula merah Garam Marjerin + minyak masak untuk menumis Sehelai daun pandan 1 batang serai dititik Bahan-bahan untuk dikisar:  Anggaran RM2.00 cili kering (cili kering dipotong dan direbus sehingga mendidih.  Kemudian dibasuh dan ditoskan) 2 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 inci halia 5 batang serai dihiris 1 inci lengkuas (Semua bahan-bahan di atas digoreng tanpa minyak  sehingga naik baunya selama 10 minit.  Kemudian disejukkan seketika.  Bila telah sejuk, masukkan bah

Tumis Kerang Kicap

Masakan tumis kerang kicap ini adalah ringkas dan cepat disediakan.  Bagi orang orang yang bekerja macam Kak Noor, masakan harian mestilah mudah dan ringkas kerana mengejar masa.   Bahan-bahan: 1 kg isi kerang (Kak Noor beli isi kerang kat pasar tani yang telah direbus dan siap dikopek) 1 biji limau lemon (ambil jusnya) 2 batang serai dititik Kicap manis secukupnya Garam, gula, dan perisa 2 biji bawang besar dipotong bulat 5 - 10 biji cili padi 1 biji tomato dibelah empat Bahan untuk dikisar: 1 cawan cili kering kisar 2 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 1/2 inci halia 1/2 inci kunyit hidup Bahan-bahan untuk ditumis: 3 sudu besar minyak 3 biji bawang merah dihiris 2 ulas bawang putih dihiris 1 inci halia dihiris 2 tangkai daun kari Penyediaannya: Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan untuk ditumis.  Setelah kekuningan dan naik bau, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar.  Biar masak sehingga terbit minyak. Kemudian masukkan kicap manis secukupnya,

KARI IKAN MACKEREL (DALAM TIN)

Resepi yang Kak Noor ketengahkan ini amat mudah disediakan.  Ia amat sesuai untuk orang-orang bujang dan dalam keadaan emergency.  Stok ikan mackerel atau ikan sardin cap ayam ini sentiasa ada dalam simpanan kat rumah.  Selalunya Kak Noor masak kari ikan sardin, tetapi hari ini cuba buat kari ikan mackerel pulak.  Selain makan bersama nasi, kari ini memang sedap dicicah dengan roti canai, roti benggali, capati dan roti sandwich. Bahan yang diperlukan: 2 tin kecil ikan mackerel cap ayam (sos diasingkan dan dicampur dalam bahan-bahan pes untuk dikisar) Ubi kentang 4 biji (sebiji dibelah empat) Tomato 2 biji Cili hijau 2 biji 1 biji bawang besar dipotong empat Santan secukupnya 1 sudu besar pati asam jawa (dicampur dengan 1 cawan air) Garam dan perisa secukupnya.   Bahan-bahan pes : (semua bahan dikisar) 1 bungkus kecil rempah ikan 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 sudu besar serbuk cili Sos ikan mackerel dalam tin Bah

Pancake

Nasi lemak, mi goreng, bihun goreng, koayteow goreng, roti canai merupakan menu sarapan pagi yang selalu sangat kita sediakan. Apa kata sesekali kita ubah selera kepada menu sarapan pagi yang agak ringkas dan mudah disediakan; ala-ala kebaratan iaitu pancake. Kak Noor hidang pancake ini dengan telur hancur. Sedap juga dimakan bersama madu. Bahan-bahannya: 1 biji telur 45ml mentega dicairkan dan ketepikan hingga sejuk 225ml tepung gandum serbaguna 15ml gula 1/2 sudu kecil garam 225ml buttermilk* (*Jika tiada buttermilk, boleh diganti pada 1 cawan susu segar dicampur dengan 1 1/3 sudu besar cream of tartar. Tunggu 5-10 min hingga hasilnya menjadi berbentil-bentil). 1 sudu kecil baking soda Cara-cara: Di dalam mangkuk, pukul telur dan butter yang telah sejuk pada suhu bilik. Ayak tepung, baking soda bersama dan campurkan bersama gula dan garam. Campurkan bahan kering tadi bersama telur dan butter yg telah dipukul. Gaul rata. Tambahkan pula buttermilk atau camp

Ikan Siakap Kukus

1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok) 1/2 camca teh garam 1/2 camca teh tepung jagung 1/2 camca teh lada sulah 3 camca besar jus limau kasturi* 1 1/2 camca besar minyak masak* 1 1/2 camca teh gula* 1/2 camca teh garam* 5 - 10 biji cili padi, dihiris* 2 batang serai, dihiris halus* 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris* 1 helai daun limau purut, dihiris halus* 1/2 inci halia muda. dihiris halus* 2 ulas bawang putih, dihiris halus* Beberapa biji asam boi* 1/2 camca teh tepung jagung* 1/2 camca teh serbuk Tumix Cara-caranya: Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan  sementara membuat sosnya. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos yang bertanda * hingga sebati. Ketepikan. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada

Laksa Johor

  B AHAN UNTUK KUAH: 500 gm ikan kembung (rebus, ambil isinya dan kisar) 2 liter santan (2 biji kelapa) 40 gm udang kering (rendam dan kisar) 50 ml air asam jawa 60 ml minyak masak 50 gm daun kesom (kisar halus) BAHAN UNTUK PES: 2 sudu besar ketumbar 1 sudu besar serbuk jintan manis 2 sudu besar serbuk kari 2 sudu besar cili BAHAN KISAR: 6 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 2 sudu kecil lada hitam BAHAN HIASAN: Timun (potong nipis dan memanjang) Lada merah (hiris) Bawang besar (hiris) Daun selom Kacang panjang (hiris halus) Telur rebus dan belah dua Limau kasturi (belah dua) Sedikit lobak masin Sedikit taugeh Sedikit hirisan daun selom Sambal belacan CARA MENYEDIAKAN: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. 2. Masukkan pes dan kacau hingga terbit minyak. 3. Masukkan santan dan kacau perlahan. 4. Masukkan isi ikan, udang kering dan air asam jawa. 5.  Selepas beberapa minit masukkan daun kesom. 6. Kacau perlahan dan masukka

Pajeri Nanas Berempah

Bahan-bahannya: 1 biji nenas 2 sudu besar kerisik 1 cawan santan 1 sudu kecil udang kering 1 cawan air 2 biji cili hijau Gula (gula merah + gula putih), garam, dan perisa secukup rasa Bahan-bahan untuk pes: (diblender semuanya) 2 sudu besar serbuk kari daging 1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih ½ inci halia Bahan-bahan untuk tumis: 2 biji bawang merah dihiris 1 ulas bawang putih dihiris ½ inci halia dihiris 1 inci kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga 2 kuntum bunga cengkih Sedikit daun kari 3 sudu besar minyak untuk menumis Penyediaannya: 1.        Potong nenas kepingan bulat, jangan nipis sangat. 2.        Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis.  Setelah kekuningan dan naik baunya, masukkan pes  dan udang kering, tumis hingga garing dan terbit minyak. 3.        Selepas itu masukkan santan, kerisik, garam, gula dan perisa,   Kalau pekat sangat, masukkan 1 cawan air.  Biarkan mendidih seketika. 

Kuah Dal

Hari ni Kak Noor masak Kuah Dal.  Kebiasaannya kuah dal ini sesuai dimakan dengan roti canai, murtabak, dan roti telur.  Jarang-jarang kita masak di rumah.  Kak Noor masih ingat, bonda kak noor kalau masak sambal tumis ikan bilis, mesti dipadankan dengan kuah dal ni.  Lepas tu, kalau nak menambahkan selera lagi, hidang dengan ikan kering goreng. Memang menyelerakan. Bahan-bahannya: 2 cawan kacang dal (basuh dan rendam selama 1/2 jam, kemudian ditoskan) 2 batang lobak merak dihiris (jangan nipis sangat) 3 biji kentang dibelah (setiap biji dibelah 4) 3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat) 1 sudu besar serbuk kunyit 1 sudu besar serbuk rempah daging 1 sudu besar serbuk jintan manis 1 sudu besar serbuk cili 1 biji telur Sedikit pati santan Bahan-bahan tumisan (tumis atas): Minyak untuk menumis **1 inci halia diracik **2 biji bawang putih diracik **3-4 biji bawang kecil dimayang **sedikit daun kari **sedikit bunga cengkih, bunga la

Nasi Beriani Ayam Ala Thai

Bahan Utama: Beras dibasuh dan ditos air secukupnya. Ayam dipotong ketul. Bahan-bahan A: Jintan manis } Jintan putih } digoreng dan dikisar Rempah biji (ketumbar) } Bahan-bahan B: Cili padi Daun ketumbar Susu cair Garam secukupnya Sedikit pewarna kuning Bahan-bahan C: Bawang putih } Bawang besar } dipotong Sedikit halia } Penyediaan: · Panaskan minyak sapi. Tumis bahan C. Bila telah wangi, masukkan air, bahan A dan B hingga mendidih. Kemudian masukkan ayam. Biarkan sehingga ayam masak. · Angkat ayam yang telah masak dan letakkan di bekas berasingan. · Tambahkan lagi air secukupnya dan biarkannya ia mendidih. Kemudian masukkan beras.  · Bila nasi telah kering, dibalik-balikkan dan kemudian masukkan ayam tadi dan ditutup sampai nasi masak.