Langkau ke kandungan utama

Daging Masak Merah Ala Thai





Dah seminggu Kak Noor tercari-cari resepi daging masak merah ala Thai yang sedap untuk sajian keluarga minggu ini. Minggu ini cuti panjang sempena Maulidur Rasul dan Thaipusam. Bila cuti panjang begini dan semua ahli keluarga berkumpul, inilah masanya untuk menyediakan hidangan yang istimewa sedikit. Daging Masak Merah Ala Thai ini memang menjadi kegemaran anak-anak Kak Noor. Bila makan di kedai, menu ini wajib dipesan. Tetapi .... tak semua restoran/kedai makan yang dapat menepati citarasa masakan thai yang sebenarnya.

Tapi resepi yang Kak Noor kongsikan di sini menepati citarasa Kak Noor. Bila tengok bahan-bahan yang digunakan, telah terasa kesedapannya. Apa yang Kak Noor perasan, masakan Thai wajib menggunakan daun limau purut dan juga serai. Resepi ini diambil daripada blog Aznanie sebab Kak Noor teruja dengan bahan-bahan yang digunakan. Tetapi gambarnya adalah hasil daripada masakan Kak Noor sendiri. Terima kasih Aznanie.






Bahan-bahan:
1/2 kilo daging - dipotong nipis dan di rebus dengan pewarna merah
2 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang besar - dipotong bulat
3 biji bawang putih - diketuk
10 biji cili api - diketuk (terpulang kepada citarasa masing-masing, nak pedas tambah lagi, tak nak boleh kurangkan)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Daun limau purut - dikoyakkan
2 batang serai - dititik
Kacang panjang - dipotong memanjang (terpulang, nak letak boleh, tak nak pun tak mengapa)
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Sedikit tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah

Cara membuatnya:
Panaskan minyak. Goreng daging sebentar dan ketepikan.
Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan cili kering kisar.dan masak sehingga terbit minyak.
Masukkan sos cili, sos tomato, dan sos tiram dan sedikit air diikuti dengan daun limau purut dan serai. Kacau rata.
Kemudian masukkan garam, gula, dan ajinomoto Kacau sebentar, kemudian masukkan daging yang telah digoreng tadi bersama kacang panjang, bawang besar, dan cili padi.
Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau.
Setelah kuah nampak pekat, boleh diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
betul tu kak..suami sy org bangkok..mmg dia ajar mcm ni bt daging msk merah
Tanpa Nama berkata…
nampak macam sedap je ni mesti cuba ni
Tanpa Nama berkata…
Sedang mencuba...
Unknown berkata…
Nanti nk cuba buat
Tanpa Nama berkata…
Cm sedap je tgk pic tu...nk try msak la daging da kuakn dri pti ais
Teacher Basariah berkata…
sedapnyer.................
Tanpa Nama berkata…
Emm.. Pewarna merah too x ksah eh sirap kew aper??
Gunalah pewarna merah bentuk cecair. Kalau boleh jangan guna sirap sebab sirap ni ada pewanginya. Nanti rasa lain pula dagingnya.
Unknown berkata…
salam kak..resepi ni agak2 utk berapa org makan ye??

http://ryunabiela.blogspot.com/
Tanpa Nama berkata…
nk try masak utk brbuka ari ni...nmpk best je...kena plak ngn nasi putih panas2....kecur air liur dh aa....
fify berkata…
Pewarna merah tu yg mcm mna ya? Maaf bertanya .
anie berkata…
Daging tu tak perlu rebus dulu ke kak noor? dah terasa mcm nk berbuka plk..sedap tu..
Maaf kerana telah agak lewat menjawab soalan nabila. Kak Noor mempunyai 7 orang dalam satu famili. So... masakan ini cukup untuk tujuh orang makan.
Salam Anie. Dalam resepi ada dinyatakan daging itu perlu direbus dengan pewarna merah terlebih dahulu.
Kak Noor gunakan perwarna di dalam botol kaca. Boleh dibeli di pasar raya.
Tanpa Nama berkata…
sgt menyelerakan
Tanpa Nama berkata…
Pwrna merah tu mcm yg ltk dlm kek tu ke..yg ade wane wani tu?
Tanpa Nama berkata…
Alhamdulillah.sy dh mencuba resepi puan ni...terima kasih.
Tanpa Nama berkata…
saya dah cuba msak...mmg sdap...terima ksh....
Unknown berkata…
cam sedap jer....nk try lah
Tanpa Nama berkata…
Kak noor.. kalau guna pewana serbuk boleh ke
Tanpa Nama berkata…
Byk pewarna merah dijual.cuba bg tau yg tepat.
fatimah berkata…
Masakkan kegemaran saya ni. Kalau pedas lagi sedap.. Terima kasih sebab berkongsi resepi. :)

Catatan popular daripada blog ini

AYAM MASAK ASAM KAMPUNG (STAIL NENDA)

Assalammualaikum. Kak Noor bersiaran lagi pagi ini. Hari ini Kak Noor cuti; cuti ganti Tahun Baharu Cina hari itu. Valid hanya sebulan sahaja, so dah hampir nak expire, ambil ajelah sambil santai-santai di rumah.  Resepi ini terlebih dahulu telah Kak Noor poskan dalam FB Kak Noor. Dah agak lama juga tak masak resepi ini. Dalam blog pun tak pernah dikongsikan resepi ini. Resepi ini agak mudah dan ringkas sahaja, dan cepat penyediaannya. Kadang-kadang bila tak ada selera, perlulah fikirkan sesuatu menu yang boleh membuka selera walaupun lauk itu kita nampak macam biasa sangat. Masakan itu perlulah ada rasa sedikit masam dan manis. Masa itulah terfikir untuk menyediakan ayam masak asam stail kampung ini. Biasanya Kak Noor menggunakan ikan, tapi ada juga masanya Kak Noor tukarkan kepada ayam. Memang sedap bila dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman. Lagipun dalam situasi Kak Noor yang tidak berapa sihat disebabkan slip disk, perlulah

LAKSA PENANG

Antara menu hidangan yang disajikan untuk para tetamu sempena majlis ulang tahun hari lahir anak bongsu Kak Noor yang ke-8 tahun ialah Laksa Penang. Laksa Penang memang menjadi kegemaran keluarga Kak Noor. Puas hati masak sendiri daripada beli kat kedai kerana ia menepati citarasa sebenar Laksa Penang. Di sini Kak Noor nak kongsi menu Laksa Penang untuk lebih kurang 30 - 40 orang makan. Bahan-bahannya: 3 kg ikan mata besar (boleh guna ikan kembong dan ikan sardin) 1 ekor ikan tongkol sederhana besar (Direbus bersama beberapa keping asam gelugor) 4 bungkus laksa kering 7 - 10 keping asam gelugur 2 kuntum bunga kantan dibelah dua, batang diketuk 4 sudu besar pes udang 2 cekak daun kesum / cenohom 4 cm keratan lengkuas (diketuk) 6 batang serai (diketuk) Garam, gula pasir dan serbuk perisa mengikut rasa. Bahan-bahan untuk dibuat pes (dikisar halus): Anggaran RM3.00 cili kering dibuang biji (boleh tambah ikut kepedasan). Perlu direbus. 3 ulas bawang putih. 4 biji bawa

Kari Ikan Pari

Bahan-bahannya:  500 gm ikan pari – dipotong kepada beberapa keping 10 batang bendi 1 biji terung panjang – dipotong serong 1 biji tomato – dibelah empat 2 biji cili hijau 4 – 5 tangkai cili kering – dibasuh dan dipotong kecil 1 sudu besar pati asam jawa 1 cawan pati santan + 2 cawan air Garam secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Bahan mesin (A): 4 sudu besar rempah kari 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil serbuk cili 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih Air secukupnya (Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dimesin dengan air hingga halus) Bahan tumis (B): 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 sudu besar halba campur 2 tangkai daun kari Cara-cara memasak: · Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan (B) sehingga terbit bau dan bawang kekuningan. · Kemudian masukkan bahan mesin (A) dan kacau. Tutup periuk dan masak sehingga rempah terbit minyak.