Langkau ke kandungan utama

RENDANG PEDAS KERANG

Resepi yang ingin Kak Noor kongsikan pada hari ini ialah Rendang Pedas Kerang.  Telah lama Kak Noor menyimpan hasrat untuk berkongsi resepi favourite ini dengan rakan-rakan semua.   Kebiasaannya orang menggunakan bahan seperti daging dan ayam untuk membuat rendang dan jarang sekali mereka menggunakan kerang. 





Alkisahnya resepi ini Kak Noor perolehi daripada sebuah buku majalah lebih kurang 23 tahun yang lalu semasa Kak Noor baru mendirikan rumah tangga. Dah tak ingat majalah apa.  Maklumlah masa tu tak jadi chef kat dapur lagi.  Untuk menyediakan rendang seperti ini pada ketika itu merupakan suatu cabaran yang besar. Maka majalahlah yang menjadi tempat rujukan agar masakan yang disajikan itu mendapat pujian daripada suami tersayang. Dari A sampai Z Kak Noor follow resepi di dalam majalah tersebut.  Mungkin disebabkan itulah resepi ini masih terpahat kukuh di dalam ingatan Kak Noor, walaupun tanpa nota resepi yang hilang entah ke mana.

Bahan-bahan yang membangkitkan citarasa rendang pedas kerang ini ialah halia muda.  Jarang sekali orang memasak rendang dengan meletakkan hirisan halia muda dan kemudian ditumis layu terlebih dahulu sebelum bahan-bahan lain dimasukkan. Seperkara lagi yang kita perlu ambil kira ialah saiz isi kerang. Kalau boleh biarlah isi kerang itu besar; maka terasalah sedap apabila kita memakannya.  Tidak dapat dinafikan memang agak sukar untuk mendapat kerang yang bersaiz besar sekarang ini.  Tetapi Kak Noor bernasib baik sebab di pasar malam tempat Kak Noor tinggal ada dijual isi kerang rebus yang segar.  Tetapi jualannya agak limited.  Perlu order dulu minggu ini, minggu hadapan baru dapat. 



Kak Noor bukan nak puji masakan sendiri tetapi Insya Allah, kalau masak ikut resepi yang Kak Noor berikan di bawah ini, garenti sedap.  Aromanya pun... sudah cukup menyelerakan.

Bahan-bahannya:
1 kg. isi kerang rebus
500 gram santan pekat
350 gram kerisik
200 gram halia muda – dihiris
1 batang serai – dititik/diketuk
2 – 3 keping asam gelugor
2 – 3 helai daun limau purut – disiat
6 helai daun kunyit – dihiris halus
5 helai daun limau purut – dihiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya

Bahan Kisar Halus:
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 – 4 ruas kunyit hidup
2 inci halia tua
2 inci lengkuas
3 batang serai
3 senduk cili kering kisar
4 – 5 biji cili padi merah
Air secukup untuk mengisar

(Kiri - isi kerang rebus)  dan  (Kanan - bahan-bahan untuk dikisar halus)
Penyediaannya:
  • Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan halia muda yang telah dihiris dan goreng sehingga kekuningan dan layu.
  • Selepas itu masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan masak sehingga garing dan terbit minyak.
  • Tuangkan santan. Masukkan daun limau purut yang disiat dan serai yang dititik dan asam gelugor. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan biarkan ia mendidih.
  • Setelah mendidih, masukkan isi kerang. Setelah kuah rendang agak kering, masukkan kerisik dan kacau sehingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan hirisan daun limau purut. Kacau lagi dan biarkan ia mereneh seketika di atas dapur.
  • Bila telah menepati citarasa dan setelah minyak timbul dipermukaan kuah rendang, bolehlah ditutup api. Sedap dimakan dengan nasi panas, dan dicicah dengan ketupat pulut, lemang, dan ketupat nasi.

Ulasan

zila norazila berkata…
salam kak nor,
dah lama sy x makan rendang kerang nie..tgok k.nor buat..wahhh teringin betul la..:)
Salam Zila, Kak Noor pun jarang masak kerang ni sebab susah nak cari kerang yang elok. Isi kerang inipun Kak Noor beli yang telah siap direbus dan dikopek di pasar malam. Tapi bukan selalu ada.
Qasey Honey berkata…
nmpk sedap kak rendang kerang tu...
ady berkata…
as-salam
sedapnye rendang kerang...belum pernah buat..
Bukan nak puji tetapi memang sedap. Tadi bawa kat ofis, habis... x cukup.
Ady, cubalah buat. Memang berbaloi. Ikut resepi yang Kak Noor beri itu, Insya Allah jadi.
Unknown berkata…
Dah cuba resipi ni utk berbuka tadi. Makan dgn nasi lemak kukus, alhamdulillah, sedap walaupun saya kurangkan halia muda tu.... T.kasih kerana kangsi resipi yg sedap ni....
Syukur Alhamdulillah. Tumpang rasa gembira bila ada orang yang mencuba resepi Kak Noor ini. Jangan lupa mencuba resepi-resepi yang lain dalam blog ini. Semuanya untuk juadah harian.
Tanpa Nama berkata…
nk cuba la...dh meleleh air liur nie...ummi mesti suka nie.. ^_^

Catatan popular daripada blog ini

AYAM MASAK ASAM KAMPUNG (STAIL NENDA)

Assalammualaikum. Kak Noor bersiaran lagi pagi ini. Hari ini Kak Noor cuti; cuti ganti Tahun Baharu Cina hari itu. Valid hanya sebulan sahaja, so dah hampir nak expire, ambil ajelah sambil santai-santai di rumah.  Resepi ini terlebih dahulu telah Kak Noor poskan dalam FB Kak Noor. Dah agak lama juga tak masak resepi ini. Dalam blog pun tak pernah dikongsikan resepi ini. Resepi ini agak mudah dan ringkas sahaja, dan cepat penyediaannya. Kadang-kadang bila tak ada selera, perlulah fikirkan sesuatu menu yang boleh membuka selera walaupun lauk itu kita nampak macam biasa sangat. Masakan itu perlulah ada rasa sedikit masam dan manis. Masa itulah terfikir untuk menyediakan ayam masak asam stail kampung ini. Biasanya Kak Noor menggunakan ikan, tapi ada juga masanya Kak Noor tukarkan kepada ayam. Memang sedap bila dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman. Lagipun dalam situasi Kak Noor yang tidak berapa sihat disebabkan slip disk, perlulah

LAKSA PENANG

Antara menu hidangan yang disajikan untuk para tetamu sempena majlis ulang tahun hari lahir anak bongsu Kak Noor yang ke-8 tahun ialah Laksa Penang. Laksa Penang memang menjadi kegemaran keluarga Kak Noor. Puas hati masak sendiri daripada beli kat kedai kerana ia menepati citarasa sebenar Laksa Penang. Di sini Kak Noor nak kongsi menu Laksa Penang untuk lebih kurang 30 - 40 orang makan. Bahan-bahannya: 3 kg ikan mata besar (boleh guna ikan kembong dan ikan sardin) 1 ekor ikan tongkol sederhana besar (Direbus bersama beberapa keping asam gelugor) 4 bungkus laksa kering 7 - 10 keping asam gelugur 2 kuntum bunga kantan dibelah dua, batang diketuk 4 sudu besar pes udang 2 cekak daun kesum / cenohom 4 cm keratan lengkuas (diketuk) 6 batang serai (diketuk) Garam, gula pasir dan serbuk perisa mengikut rasa. Bahan-bahan untuk dibuat pes (dikisar halus): Anggaran RM3.00 cili kering dibuang biji (boleh tambah ikut kepedasan). Perlu direbus. 3 ulas bawang putih. 4 biji bawa

Kari Ikan Pari

Bahan-bahannya:  500 gm ikan pari – dipotong kepada beberapa keping 10 batang bendi 1 biji terung panjang – dipotong serong 1 biji tomato – dibelah empat 2 biji cili hijau 4 – 5 tangkai cili kering – dibasuh dan dipotong kecil 1 sudu besar pati asam jawa 1 cawan pati santan + 2 cawan air Garam secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Bahan mesin (A): 4 sudu besar rempah kari 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil serbuk cili 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih Air secukupnya (Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dimesin dengan air hingga halus) Bahan tumis (B): 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 sudu besar halba campur 2 tangkai daun kari Cara-cara memasak: · Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan (B) sehingga terbit bau dan bawang kekuningan. · Kemudian masukkan bahan mesin (A) dan kacau. Tutup periuk dan masak sehingga rempah terbit minyak.