Langkau ke kandungan utama

APAM POLKADOT

Apam Polkadot nama diberi
Disediakan di malam hari
Rasa seronok tidak terperi
Pabila apam polkadotku menjadi...


Ewah-ewah berpantun pula Kak Noor dalam blog ni ye! Bukan apa, rasa seronok dan teruja sangat apabila apam polkadot yang dicuba buat pertama kali menjadi juga dot-dotnya walaupun tidak secantik mana jika dibandingkan dengan rakan-rakan lain yang lebih amateur.  Bolehlah... first trying kan! Terkial-kial lah jugak, terutama sekali semasa nak meletakkan dot-dotnya.  Lagipun Kak Noor x pernah hadir kelas masakan.  Hanya ikut resepi sahaja.  Nasib baik ada assistant chef yang turut membantu Kak Noor menyediakan apam ni dan juga mengambil gambar-gambar semasa penyediaannya.   Assistant chef yang dimaksudkan ialah anak sulung perempuan Kak Noor yang pulang bercuti selama seminggu sempena semester break. N3 gambar-gambar untuk resepi ini diambil olehnya.



Sebenarnya telah lama Kak Noor berhasrat dan teruja untuk mencuba membuat apam polkadot yang famous ini. Kak Noor cukup teruja bila tersinggah kat blog rakan-rakan yang memaparkan  gambar-gambar comel apam polkadot dengan kombinasi warna-warna menarik.  Telah beberapa kali susu segar dibeli tetapi pelan masih tidak menjadi.   Ingat bila balik kerja nak buat, tetapi bila tiba di rumah, keletihan melanda.  Maka terpaksalah dipendam hasrat yang membara ini.  Tetapi Alhamdulillah, semalam Kak Noor gagahi juga diri ini untuk membuatnya disebabkan hasrat Kak Noor untuk membekalkan apam polkadot ini kepada anakanda untuk dibawa balik ke universiti pada hari ini.



Resepi asal apam polkadot ini Kak Noor perolehi daripada laman web Cik Tom Gadis Tomato.  Cuma dalam resepi ini, Kak Noor tidak letakkan filing. Oleh itu bagi cara-cara penyediaannya Kak Noor telah mengolahnya kembali mengikut resepi yang Kak Noor ketengahkan.  Ok mari kita tengok resepi dan gambar-gambar yang diambil oleh anakanda Kak Noor semasa penyediaan apam polkadot ini.


Bahan-bahannya:
3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (1 cawan)
150 ml susu segar/susu cair
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil  ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
Beberapa pewarna mengikut citarasa masing-masing

** Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek. 
**sudu kecil = sudu teh

Cara-cara Penyediaannya:




Adunan telah menjadi kembang dan putih

  • Masukkan telur, gula, dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksimum sehingga kembang dan menjadi putih. 
  • Selepas itu campur bahan-bahan lain seperti masukkan susu, tepung + baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimum sehingga sebati. 
Antara pewarna yang digunakan
Adunan yang telah diwarnakan 
 Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.


  • Aturkan mangkuk kertas saiz kecil di dalam acuan.
  • Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas. Sekiranya tiada piping beg, boleh gunakan sudu kecil untuk memasukkan adunan ke dalam mangkuk kertas.
  • Akhir sekali dot-dot kan dengan warna pilihan.  Boleh gunakan picagari untuk membuat dot-dot.  Kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15 minit atau sehingga masak.


Tips tambahan untuk buat apam polkadot: 
  • Sebelum memasukkan adunan ke dalam piping bag, kacau adunan sehingga kelihatan sebati dan licin (tiada lubang angin) untuk mendapatkan permukaan apam yg rata dan tidak berlubang.
  • Kukus apam dengan api sederhana. Sekiranya api besar, ini akan menyebabkan apam polkadot merekah.
  • Bungkus alat kukusan dengan kain untuk mengelakkan air menitis ke dalam adunan apam ketika mengukus.
  • Selepas siap kukus dan agak-agak apam telah sejuk,  simpan dalam bekas kedap udara. Apam akan jadi keras jika terdedah lama pada udara.

Ulasan

Mama Ann berkata…
Memang betul..kita akan rasa seronok sangat kalau apam tu menjadi..tambah2 first try..Mama pun rasa cam tu juga..Teruja sangat..cantik apam tu....
Terima kasih Mama Ann. Tapi kalau kita x guna mangkuk kertas, guna acuan plastik iaitu acuan agar-agar boleh tak?
Wani Sukarno berkata…
salam kak noor .. salam ziarah dan kenal .. :)) terima kasih sudi singgah kat blog dan tinggal jejak .. senang wani nak jejak balik... apam polkadot ni ingat dulu masa time famous ada je orang buat .. wani sampai sekarang x pernah2 wat lagihihi .. bila la seru nak sampai .. nanti nak buat la ingat nak buat macam kak noor tak nak letak filling lah..
Kak Noor berkata…
Wani, kalau x expert macam akak ni, kenalah mula buat tanpa filing dulu. Lepas tu baru cuba buat letak filing pulak. Step by step make perfect.
Tanpa Nama berkata…
cantik lha akaq buat apam polkadot niem . baru first tume tapy menjady dah kan ,. panda lha akaq niem .
khairun bariah berkata…
chomey lha akaq buat apam nie . mesty sedap kan . hehe .

Catatan popular daripada blog ini

AYAM MASAK ASAM KAMPUNG (STAIL NENDA)

Assalammualaikum. Kak Noor bersiaran lagi pagi ini. Hari ini Kak Noor cuti; cuti ganti Tahun Baharu Cina hari itu. Valid hanya sebulan sahaja, so dah hampir nak expire, ambil ajelah sambil santai-santai di rumah.  Resepi ini terlebih dahulu telah Kak Noor poskan dalam FB Kak Noor. Dah agak lama juga tak masak resepi ini. Dalam blog pun tak pernah dikongsikan resepi ini. Resepi ini agak mudah dan ringkas sahaja, dan cepat penyediaannya. Kadang-kadang bila tak ada selera, perlulah fikirkan sesuatu menu yang boleh membuka selera walaupun lauk itu kita nampak macam biasa sangat. Masakan itu perlulah ada rasa sedikit masam dan manis. Masa itulah terfikir untuk menyediakan ayam masak asam stail kampung ini. Biasanya Kak Noor menggunakan ikan, tapi ada juga masanya Kak Noor tukarkan kepada ayam. Memang sedap bila dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman. Lagipun dalam situasi Kak Noor yang tidak berapa sihat disebabkan slip disk, perlulah

LAKSA PENANG

Antara menu hidangan yang disajikan untuk para tetamu sempena majlis ulang tahun hari lahir anak bongsu Kak Noor yang ke-8 tahun ialah Laksa Penang. Laksa Penang memang menjadi kegemaran keluarga Kak Noor. Puas hati masak sendiri daripada beli kat kedai kerana ia menepati citarasa sebenar Laksa Penang. Di sini Kak Noor nak kongsi menu Laksa Penang untuk lebih kurang 30 - 40 orang makan. Bahan-bahannya: 3 kg ikan mata besar (boleh guna ikan kembong dan ikan sardin) 1 ekor ikan tongkol sederhana besar (Direbus bersama beberapa keping asam gelugor) 4 bungkus laksa kering 7 - 10 keping asam gelugur 2 kuntum bunga kantan dibelah dua, batang diketuk 4 sudu besar pes udang 2 cekak daun kesum / cenohom 4 cm keratan lengkuas (diketuk) 6 batang serai (diketuk) Garam, gula pasir dan serbuk perisa mengikut rasa. Bahan-bahan untuk dibuat pes (dikisar halus): Anggaran RM3.00 cili kering dibuang biji (boleh tambah ikut kepedasan). Perlu direbus. 3 ulas bawang putih. 4 biji bawa

Kari Ikan Pari

Bahan-bahannya:  500 gm ikan pari – dipotong kepada beberapa keping 10 batang bendi 1 biji terung panjang – dipotong serong 1 biji tomato – dibelah empat 2 biji cili hijau 4 – 5 tangkai cili kering – dibasuh dan dipotong kecil 1 sudu besar pati asam jawa 1 cawan pati santan + 2 cawan air Garam secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Bahan mesin (A): 4 sudu besar rempah kari 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil serbuk cili 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih Air secukupnya (Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dimesin dengan air hingga halus) Bahan tumis (B): 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 sudu besar halba campur 2 tangkai daun kari Cara-cara memasak: · Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan (B) sehingga terbit bau dan bawang kekuningan. · Kemudian masukkan bahan mesin (A) dan kacau. Tutup periuk dan masak sehingga rempah terbit minyak.