Langkau ke kandungan utama

SIAKAP TIGA RASA








Siakap Tiga Rasa lagi..... sebelum ini memang telah ada N3 mengenai siakap tiga rasa ini dalam blog ini. Memang favourite anak-anak semua, apalagi kalau dihidangkan terus selepas dimasak. Hari Sabtu yang lalu, sempat `sambar' 2 ekor siakap saiz sederhana di Carrefour Wangsa Maju. Seekor harganya R7.00. Ok jugalah sebab ikannya pun fresh.

Sejak di pejabat tadi dah berangan-angan nak masak siakap tiga rasa untuk hidangan makan malam. Dah tiga hari di dalam peti ais, masih tidak berkesempatan untuk menyiangnya lagi. Hari ini mesti nekad dan rajinkan diri untuk masuk ke dapur. Sepulangnya dari pejabat, terus singgah di Giant Setiawangsa membeli bahan-bahan sampingan seperti nanas, sos ikan, sos cili thai, dan cili benggala. Bahan-bahan inilah yang akan menambahkan perisa kepada resepi ini nanti.


Resepi asal siakap tiga rasa ini Kak Noor ambil di sini (Aznanie blogspot). Terima kasih kepada empunya blog kerana sudi berkongsi resepi ini. Memang ternyata sedap sehingga menjilat jari. Ada beberapa bahan yang ditambah mengikut citarasa Kak Noor bagi penyediaan resepi siakap tiga rasa ini. Resepi asal menggunakan seekor ikan, tetapi resepi ini menggunakan dua ekor (alang-alang nak masak, masak sampai habis.....)


Bahan-bahannya.
Untuk Ikan:
2 ekor ikan siakap
Tepung jagung untuk dilumur pada ikan
Serbuk Pasti Sedap Knoor
Minyak untuk menggoreng ikan

Untuk Kuah:
2 biji bawang besar - dipotong dadu
6 biji bawang putih - dititik
10 biji cili padi - dipotong kecil
1 inci halia - dihiris halus
1 biji tomato - dipotong dadu
1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
Kiub nanas - Kak Noor beli yang siap ditinkan; kiub nanas dalam jus nanas jenama Ayam Brand (Snacky Nanas) - 280 gm
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili thai
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
2 batang serai - dititik
Beberapa helai daun limau purut
Daun sup/daun bawang untuk hiasan
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
1.  Ikan dibersihkan dan ditoskan
2.  Lumurkan ikan dengan serbuk pasti sedap knoor. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
3.  Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
4.  Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai,  dan bawang putih.
5.  Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram,  sos ikan, dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar.
6.  Masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan cili benggala.
7.  Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto.
8.  Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.  Taburkan daun sup/daun bawang. 


Ulasan

zila norazila berkata…
salam kak nor..my fav jgk siakap 3 rasa nie...sedapnya.:P
Cik Puan Izan❤ berkata…
salam kenal... saya follow blog ni yer kak noor... suka sgt resepi dlm blog ni :)
tentang aku berkata…
salam kak noor ...
terima kasih kerana mencuba resepi siakap tiga rasa ni
alhamdulilah .. kak noor sekeluarga menyukainya
terima kasih juga kerana sudi menjadi follower blog aznanie
saya follow blog kak noor pula .. hehe
- NiNi - berkata…
Mahu cuba la ini resepi, menu berbuka utk hari ini..
faraiz berkata…
Thanks kak noor...
Tanpa Nama berkata…
seeeddaaaapppp .... bayangkan kalu aku yg bujang trang tang tang masak menjadi hingga sedap nya menjilat jari.... mak aku pun respek bila aku masak resepi ni ... terimakasih banyak2 ...
Alhamdulillah... tak sia-sia Kak Noor masukkan resepi ini dalam blog. Kalau mak sendiri dah respek, Kak Noor pun ikut respek sama. Jangan tak cuba resepi-resepi lain dalam SDB ini ye! Insya Allah jika kita masak dengan penuh kasih sayang, masakan akan menjadi sedap.
Tanpa Nama berkata…
Nanas tu habiskan satu tin tu ke ?
Kak Noor berkata…
Terpulang kepada citarasa masing-masing. Untuk resepi di atas Kak Noor guna semua nanas di dalam tin itu. Lagipun hanya 280 gm sahaja. Taklah banyak sangat. Lagipun Kak Noor suka ratah nanas tu. Sedap!
Tanpa Nama berkata…
Agak agak air tu banyak mana ek ? satu cawan cukup ? Saya nak try hari ni :D
Tanpa Nama berkata…
Salam kak noor, ni menu saya jap tadi.. suami puji btol, dia kata sedapp mcm kedai. Alhamdulillah.. terima kasih pd akak n Aznanie..
Air tu boleh agak-agak aje, bergantung kepada banyaknya kuah. Tapi bagi Kak Noor 1 cawan pun dah memadai untuk seekor ikan. Kalau dua ekor ikan 2 cawan air.
Syukur Alhamdulillah. Satu saja nak pesan, kalau masak masakan ala thai ni, mesti guna sos ikan atau sos sotong. Kalau tiada bahan-bahan ini kureng sikit rasanya.
iza berkata…
Blh Cuba ni..kbtuln plk dlm pt ad siakap..uuwala sodapnyo!!!!
Tanpa Nama berkata…
Having reaԁ thiѕ I thought іt wаs
reаlly informаtiѵe. I appгeciate
you spenԁing ѕome time аnd energy to put this shοrt artiсlе togetheг.
I once agaіn find myself sρendіng a lot of time bοth геаding anԁ
pοsting commentѕ. But sο ωhаt, it was still worthwhile!
Also see my page: http://facespot.us/VerenaGre
Tanpa Nama berkata…
sos ikan yg sdp brand ape ye ??
Tanpa Nama berkata…
thanx kak... menjadi tiga rasa sy.. mak mertua sy cakap sedap nyeeeeeee...
Alhamdulillah. Cubalah resepi-resepi lain dalam SDB, Insya Allah menjadi.
Setahu Kak Noor tak ada jenama Malaysia sos ikan/sos sotong. Selalunya produk dari Thailand. Apa-apa brand pun boleh.
Tanpa Nama berkata…
salam kak noor..nk tnya..mana nk dpt jus nanas?
Bila kita beli nanas kiub di dalam tin, ia ditinkan bersama jus. Gunalah jus itu untuk masakan.
Tanpa Nama berkata…
thanks k.nor..sdap sngt2..my hubby pun ske..nyum3
Tanpa Nama berkata…
salam.sy da try,trbaek!he,sdap gle.hubby pji..thanks k.n0r!
nur fieQah berkata…
Thx kak nor..
Nie idea n juadah utk famly sy ari nie....
Tanpa Nama berkata…
Semalm buat ikan stim limau,hari ni ingat nk cba resepi k.nor plak,,harap2 k.nor slalu update resepi kat sni ya,,thanks,,
alhamdulillah. sedap sangat.terima kasih di atas perkongsian resepi :)
Unknown berkata…
kak nor,kalau xnk guna sos ikan dgn sos nenas blh x?
Kalau masakan ala Thai, tak complete kesedapannya kalau kita tidak gunakan sos ikan atau sos sotong. Kalau tak guna sos nanas, rasanya ok. Tapi kalau kita dah beli nanas dalam tin tu, kita boleh gunakan jus di dalamnya. Bagi Kak Noor kalau kita inginkan sesuatu masakan itu menepati citarasanya, eloklah kita gunakan bahan-bahan yang diperlukan. Selamat mencuba.
ChibimarukO berkata…
Alhamdulillah..mmg sedap la kak resepi akak!tok dgn wan saya ratah sampai habis kuah2 nya skali!
Alhamdulillah. Kalau bulan puasa, masak sebegini menambat selera. Selamat berpuasa.
Tanpa Nama berkata…
cedp wt knduri lg best
Unknown berkata…
salam kenal kak noor siakap akk nampak menarik paling berselera melihat warnanya..sy nak tanya kalo buat untuk satu ekor ikan bahan apa yg perlu dikurangkan?mohon tunjuk ajar..terima kasih
Tanpa Nama berkata…
salam kak noor..
nk tnya..klu gna ikan merah msk 3 rsa ni sdp x?
Tanpa Nama berkata…
Trima kasih la kak nor. Senyum lebar bini saya makan 3 rasa saya buat dgn resipi ni hehehe! masa goreng saya guna tepung beras dgn serbuk secukup rasa mmg crispy kulit ikan tu. Sos pulak saya letak lea perrin sikit bg special. Tq kak nor I lov youuuu!
zifa berkata…
ermmm...sedap....

baru je nak buat utk mkn thari ni..

bertambah berat bdn kalau mkn siakap 3 rasa hari2

bukan salah nasi..hihi
Unknown berkata…
Assalam. .kak...nenas tu masukkan jus dia skali ke atau amek nenas dia je? Ingt nk try la esk :)
Kak Noor berkata…
Cik Mummy Osem,

Masukkan sos nanas dulu, kemudian barulah dimasukkan nanas. Lihat perkara cara 5 dan 6.

5. Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar.
6. Masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan cili benggala.
Donggeng Si Zuwa berkata…
As salam. Terima kasih kongsi resipi ni. Saya dah cuba buat semalam. "Sedappppp".. komen suami saya. Saya guna ikan tuna. Semoga Puan mendapat ganjaran pahala :)

ResepiAsia.com berkata…
yarabbii...kite yang tengok ni pulak terliur :)
.
Resepi Premium Untuk Orang Asia

Catatan popular daripada blog ini

AYAM MASAK ASAM KAMPUNG (STAIL NENDA)

Assalammualaikum. Kak Noor bersiaran lagi pagi ini. Hari ini Kak Noor cuti; cuti ganti Tahun Baharu Cina hari itu. Valid hanya sebulan sahaja, so dah hampir nak expire, ambil ajelah sambil santai-santai di rumah.  Resepi ini terlebih dahulu telah Kak Noor poskan dalam FB Kak Noor. Dah agak lama juga tak masak resepi ini. Dalam blog pun tak pernah dikongsikan resepi ini. Resepi ini agak mudah dan ringkas sahaja, dan cepat penyediaannya. Kadang-kadang bila tak ada selera, perlulah fikirkan sesuatu menu yang boleh membuka selera walaupun lauk itu kita nampak macam biasa sangat. Masakan itu perlulah ada rasa sedikit masam dan manis. Masa itulah terfikir untuk menyediakan ayam masak asam stail kampung ini. Biasanya Kak Noor menggunakan ikan, tapi ada juga masanya Kak Noor tukarkan kepada ayam. Memang sedap bila dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman. Lagipun dalam situasi Kak Noor yang tidak berapa sihat disebabkan slip disk, perlulah

LAKSA PENANG

Antara menu hidangan yang disajikan untuk para tetamu sempena majlis ulang tahun hari lahir anak bongsu Kak Noor yang ke-8 tahun ialah Laksa Penang. Laksa Penang memang menjadi kegemaran keluarga Kak Noor. Puas hati masak sendiri daripada beli kat kedai kerana ia menepati citarasa sebenar Laksa Penang. Di sini Kak Noor nak kongsi menu Laksa Penang untuk lebih kurang 30 - 40 orang makan. Bahan-bahannya: 3 kg ikan mata besar (boleh guna ikan kembong dan ikan sardin) 1 ekor ikan tongkol sederhana besar (Direbus bersama beberapa keping asam gelugor) 4 bungkus laksa kering 7 - 10 keping asam gelugur 2 kuntum bunga kantan dibelah dua, batang diketuk 4 sudu besar pes udang 2 cekak daun kesum / cenohom 4 cm keratan lengkuas (diketuk) 6 batang serai (diketuk) Garam, gula pasir dan serbuk perisa mengikut rasa. Bahan-bahan untuk dibuat pes (dikisar halus): Anggaran RM3.00 cili kering dibuang biji (boleh tambah ikut kepedasan). Perlu direbus. 3 ulas bawang putih. 4 biji bawa

Kari Ikan Pari

Bahan-bahannya:  500 gm ikan pari – dipotong kepada beberapa keping 10 batang bendi 1 biji terung panjang – dipotong serong 1 biji tomato – dibelah empat 2 biji cili hijau 4 – 5 tangkai cili kering – dibasuh dan dipotong kecil 1 sudu besar pati asam jawa 1 cawan pati santan + 2 cawan air Garam secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Bahan mesin (A): 4 sudu besar rempah kari 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil serbuk cili 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih Air secukupnya (Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dimesin dengan air hingga halus) Bahan tumis (B): 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 sudu besar halba campur 2 tangkai daun kari Cara-cara memasak: · Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan (B) sehingga terbit bau dan bawang kekuningan. · Kemudian masukkan bahan mesin (A) dan kacau. Tutup periuk dan masak sehingga rempah terbit minyak.