Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

IKAN KELI GORENG BERLADA, kegemaran anak-anakku.

Assalamualaikum. Lebih kurang dua bulan Kak Noor tidak singgah di persada Sajian Dapur Bonda untuk berkongsi resepi. Terasa rindu untuk berceloteh di blog ini tetapi terpaksa dilupakan seketika. Malam ini singgah sebentar untuk berkongsi resepi kegemaran anak-anak yang disediakan untuk makan tengah hari tadi. Suka sangat anak-anak Kak Noor hari ini dapat makan ikan keli goreng berlada bersama nasi panas. Apapun sekurang-kurangnya seorang dapat seekor, tak nak dikongsi. Baru puas dimakan dan diratah.  So... masa di pasar, mesti make sure beli ikan keli lebih daripada enam ekor.  Kalau enam ekor tu kira ngam-ngamlah untuk suami dan anak-anak, tidak temasuk tukang masaknya ye...!  Pandai-pandailah nak makan sekali atau dua kali ke, tapi seorang seekor aje ye!   Tapi kebiasaannya Kak Noor beli lebih.  Alang-alang dah nak beli dan nak masak kan!  Kak Noor memang tak pernah makan ikan keli ini sejak kecil lagi. Mungkin disebabkan bonda Kak Noor tidak makan ikan air tawar, s