Iklan Nuffnang

Iklan Nuffnang

14 Disember 2015

RESEPI ENAQ: Udang Masak Hitam Karippulai

Assalamualaikum.



Udang Masak Hitam Karippulai, menu inspirasi Kak Noor untuk keluarga. Terdahulu resepi ini telah Kak Noor kongsikan dalam FB page Sajian Dapur Bonda dan telah mendapat `Like' yang banyak dan dikongsi oleh rakan-rakan FB.   Syukur Alhamdulillah.


Masakan ini merupakan menu ala-ala nasi kandaq.  Daun kari atau `karippulai'  dalam Bahasa India yang digunakan sebagai salah satu bahan menumis menaikkan aroma masakan ini.  Memang wangi sangat dan membangkitkan selera.  


Salah satu bahan yang menjadikan sajian ini lebih enak ialah penggunaan Kicap Lemak Masin Enaq dan Kicap Lemak Manis Enaq dalam sajian ini.

Persediaan bahan-bahan masakan

Resepi Udang Masak Hitam Karippulai
Oleh: Kak Noor @ Sajian Dapur Bonda

Bahan-bahan A:
1 kilo udang – digunting kepala dan hujung ekornya sahaja.
2 biji bawang besar – dipotong gegelang
1 biji tomato – dibelah wedges
2 biji cili hijau – dihiris serong, saiz lebar
3 sudu besar kicap manis ENAQ
3 sudu besar kicap masin ENAQ
1 sudu besar perencah kuah TUMIX
Minyak secukupnya untuk menggoreng udang
2 tangkai karripulai – untuk dimasukkan ke dalam minyak semasa menggoreng udang

Bahan-bahan B (ditumis):
2 tangkai karippulai (daun kari)
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
Minyak gorengan udang secukupnya

Bahan-bahan C (ditumbuk kasar/blend tanpa air menggunakan chopper):

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan-bahan D (dibancuh menjadi pes):
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk cili
Sedikit air
(1/2 bahagian daripada pes diambil untuk memerap udang)

Cara-caranya:



1. Terlebih dahulu gaulkan udang dengan ½ bahagian pes bersama 1 sudu besar kicap manis Enaq dan 1 sudu besar kicap masin Enaq. Perapkan udang selama lebih kurang 15 minit.

2. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan karripulai diikuti dengan udang. Goreng udang sehingga warna kulit udang bertukar keperangan. Ketepikan.


3. Ambil sedikit daripada minyak gorengan udang tadi untuk menumis. Tumis bahan-bahan B sehingga bawang besar bertukar kekuningan dan naik bau. 


4.  Kemudian masukkan bahan C dan gaul rata.


5.  Kemudian masukkan bahan D. Kacau rata. Perlahan api dan biarkan kuah mereneh di atas dapur sehingga terbit minyak.

6. Bila telah terbit minyak masukkan kicap manis, kicap masin, dan perencah TUMIX. Masak sehingga kuah mendidih.


7. Apabila telah cukup rasa, masukkan udang yang telah digoreng tadi dan kaubalikkan sehingga udang serasi dengan kuah. Biarkan kuah mendidih sekali lagi.

8.  Sebelum ditutup api, masukkan bawang besar yang dipotong gegelang dan cili hidup, kacau rata.


9.  Akhir sekali masukkan buah tomato.
.Gaul rata. Selepas dua minit, bolehlah ditutup api.


10.  Siap untuk dihidangkan.
Catat Ulasan

Iklan Nuffnag

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

Iklan Nuffnang