Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2016

Sambal Tumis Telur Enak Versi Sajian Dapur Bonda

Assalamualaikum. Sambal Tumis Telur, menu alternatif apabila semua lauk-pauk dah clear di dalam eksbox. Last week tak pergi pasar untuk re-stock. Encik Hasben ada juga bertanya nak beli lauk tak di pasar tani Setiawangsa. Nak beli ayam ke? Tiap-tiap minggu beli ayam, rasa jemu pula. Ingat nak masak apa saja bahan kering yang tersedia di rumah. Biasanya di rumah Kak Noor mesti ada simpan stok kering seperti ikan bilis, ikan kering, sardin tin, dan telur. Lauk-lauk kering inilah alternatif akhir apabila telah kehabisan lauk-lauk basah. Sambal Tumis Telur ini special sedikit sebab salah satu daripada bahan yang digunakan untuk masakan ini ialah kicap manis. Memang telah menjadi kebiasaan Kak Noor apabila memasak sambal tumis apa sekali pun mesti masukkan sedikit kicap manis sebagai penambah rasa. Selain itu Kak Noor guna gula perang untuk memekatkan kuah. Kalau nak tahu enak ke tidak menu ini, cubalah resepi sambal tumis telur versi Kak Noor ini.  Jom kita

Menu Ala Thai: Sambal Udang Thai

Selamat Malam dan Assalammualaikum Semua Rakan yang Budiman. Resepi untuk menu ini telah Kak Noor ketengahkan dalam page FB Sajian Dapur Bonda pada 6 Mei 2016. Kira dah basi jugalah menu ini sebab lewat dikongsi dalam blog Sajian Dapur Bonda. Terliur tak tengok gambar udang dok berenang di dalam kuali tu.  Mesti terasa nak makan nasi pula malam-malam ni kan. Hm... sebenarnya resepi ini Kak Noor pakai campak-campak aje, tiada garis panduan tertentu atau skodeng kat mana-mana FB atau Blog. Dah selalu sangat masak sambal tumis udang orang Melayu. So nak beri kelainan sedikit kepada menu sambal tumis udang ini. Resepi ini adalah inspirasi sendiri berdasarkan pemerhatian dan pengalaman menikmati masakan ala-ala Thai di restoran atau kedai makan yang menyediakan masakan Thai. Kita namakannya Sambal Udang Thai.  Sambal Udang Thai ini tak nyempat dihidangkan dalam pinggan yang mahal dan unik tu... tak sempat nak cari. Jurufoto pula tak sempat-sempat nak snap fot

Ayam Masak Hitam Madu (Ala Lauk Nasi Kandar), hanya menggunakan kaedah merebus sahaja..

Assalammualaikum Semua. Malam ini Kak Noor nak kongsi menu special keluarga iaitu Ayam Masak Hitam Madu, ala-ala lauk nasi kandar gitu. Tetapi yang istimewanya menu ini ialah ia tidak mengguna kaedah menumis seperti kebiasaannya.  Bila cakap sahaja lauk nasi kandar mesti kita telah sedia maklum lauknya berminyak.. Jika dipandang dari sudut kesihatan memang tidak elok untuk kesihatan. Tambah-tambah kepada orang yang mempunyai kolestrol tinggi. Tetapi bagi orang yang dah memang fanatik dengan lauk nasi kandar ini, itu semua tak berapa penting. Hari-hari tak pernah `mis' makan nasi kandar. Nafsu dan selera makan diutamakan, mesti nak pergi cari nasi kandar juga.  Tetapi tidak dinafikan lauk nasi kandar ini memang mengancam selera.  Kalau seorang staf sahaja yang beli bungkus nasi kandar dan bawa balik ke ofis untuk makan, merebak satu ofis dengan aromanya.  Samalah juga macam Kak Noor, anak jati Pulau Pinang. Nasi dan lauk nasi kandar telah sinonim dengan

FENOMENA FUDGY BROWNIES @ BROWNIES KEDUT

Assalammualaikum. Fenomena FUDGY BROWNIES atau dalam Bahasa Melayunya BROWNIES KEDUT. Terdapat pelbagai resepi dan versi brownies ini. Cuma pilih sahaja resepi yang berkenan di hati. Fenomena brownies kedut ini juga menjalar kepada sibongsu di rumah. Request suruh ibu buat, nak makan brownies kedut katanya. Siap bagitahu lagi kalau ibu tak buat Shila order kat kawan di sekolah. Buat apalah nak beli kalau ibu sendiri pun boleh buat. Semua bahan dah ready di rumah. Cuma nak rajin aje.  Sebenarnya dah banyak kali buat brownies ini. Kadang-kadang tu.. makan pun tak habis. Itulah anak-anak kita ni, kalau tengok kawan makan brownies dia pun teringin nak makan, minta kita buatkan.  Tapi bila dah buat, makan sedikit sahaja.  ,Satu loyang tu banyak sangat, tak habis makan satu famili.  Makan diberilah kepada jiran-jiran dan office mate untuk sama-sama merasa.  Resepi yang Kak Noor gunakan ini hasilnya memang moist dan sedap sangat. Resepi ini Kak Noo

Ayam Masak Taucu Manis Berkuah

Assalamualaikum kepada pembaca-pembaca budiman yang selalu singgah dan sekodeng resepi di blog Sajian Dapur Bonda ini.  Hmm... dah lama Kak Noor tidak muatkan resepi baharu dalam blog ini.  Kebiasaannya telah menjadi rutin Kak Noor meluangkan masa mengemaskinikan blog ini pada setiap hujung minggu.   Memandangkan sejak kebelakangan ini Kak Noor banyak menerima tempahan untuk biskut dan roti, yang perlu disiapkan pada hujung minggu, maka tiadalah berkesempatan Kak Noor untuk mengemaskinikan blog ini.  Syukur Alhamdulillah semalam sempat Kak Noor masak menu simple ini untuk keluarga iaitu Ayam Masak Taucu Manis Berkuah.  So pagi  ini tidak perlulah kelam kabut bergelut di dapur sebelum ke pejabat. Masak yang simple dan ala kadar aje. Walaupun hanya satu jenis lauk, tetapi yang paling penting air tangan bonda. Masakan ini memang berkuah sebab anak-anak Kak Noor suka letak kuah banyak kalau makan nasi. Tetapi itu bergantung kepada citarasa masing-masing, kalau nak ku