Iklan Nuffnang

Iklan Nuffnang

16 Ogos 2017

Kek Viral Span Marble Susu, resepi Irfan Syazwanshah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua.





Agak lama tiada entri baharu daripada Kak Noor ye. Emm... kadang-kadang tu memang ada penyakit malas nak ngadap komputer ni. Bagi sesuatu entri yang hendak dipersembahkan dalam blog, Kak Noor ambil masa lebih daripada satu jam juga. Dari segi penulisan, editing dan pemilihan gambar, semuanya perlu diberi perhatian sebelum diterbitkan untuk tontonan pembaca. Dah berumur ni, bukan mudah nak buat karangan dik ooi.. berjam-jam juga perah otak, fikir apa yang hendak ditulis. Kadang-kadang tak keluar idea, buntu dan tak tahu apa yang hendak dimulakan. 



Ok hari ini mood rajin, nak cuba resepi kek span marble susu yang diinspirasikan oleh chef muda Irfan dari Sabah. Mungkin dah `terlepas tren'😁, sebab awal-awal lagi ramai dah cuba buat dengan jayanya dan kongsi gambar dalam FB. Dari sehari ke sehari nak cuba resepi yang semudah ABC ini, tapi tak berkesempatan.



Walaupun kek ini nampak biasa tetapi mungkin disebabkan cara penyediaannya yang mudah dan ringkas menjadikannya viral. Berdasarkan resepi-resepi kek yang sedia ada, kebanyakan penyediaan kek bermula dengan memukul gula dan mentega dulu sehingga sebati, kemudian baru dimasukkan telur, dan pukul lagi sehingga kembang. Tetapi bagi resepi yang istimewa ini semuanya dimasukkan sekali termasuk tepung, kecuali mentega cair. Mudah kan!💦 



Hmm... punyalah teruja nak buat sampai lupa nak letak ovallete. Bila nak kongsi di blog baru sedar ada letak ovalette selepas rujuk resepi asal di FB Chef Irfan. Patutlah masa nak mixed bahan-bahan tadi terdetik juga kat hati ini tak masuk ovallete ke... Rupanya Kak Noor terlepas pandang bahan ovalette semasa re-type resepi. Anyway masih ada kelembutan dan kegebuannya di situ. 


Lorek aje ikut citarasa masing-masing 

Resepi Kek Span Marble Susu ini Kak Noor cedok dari FB adik Chef Irfan Syazwanshah @ Irfan Beboyot. Bagi sesiapa yang ada FB dan gemar memasak mesti mengenali chef muda ini. Anak muda yang memang dah layak digelar Chef sebab banyak ilmu masakan dan resepi yang telah dikongsi bersama dalam FBnya. The very-very pemurah orangnya, tak kedekut ilmu. Untuk memudahkan rujukan, link FBnya ada Kak Noor letakkan di bahagian nota. 


Dah selamat masuk oven. 

Pelbagai video tutorial masakan yang dikongsi dalam FBnya, supaya fans mudah untuk follow. Banyak juga resepinya yang telah menjadi viral dalam FB. Salah satunya ialah kek span marble susu, di mana resepi kek ini adalah inspirasi oleh beliau sendiri. Kak Noor pun salah seorang daripada fan Chef Irfan. Cuma ketinggalan untuk mencubanya lebih awal. Sejak resepi ini diterbitkan, ramai telah cuba dan semuanya puas hati dan kongsi gambar kek yang mereka masak di FB chef. 


Kek naik gebu dan tak merekah. Bestnya... 

Kak Noor pun tak nak ketinggalan mencuba resepinya yang semudah ABC ini. Awesome sangat kejadiannya, selepas dibakar. Yang paling suka tengok apabila permukaan kek tidak merekah. Kalau tak percaya tengoklah gambar kek tu, teksturnya halus dan gebus. Puas hati sesangat. 


Dah potong pun... Jom makan.


KEK SPAN MARBLE SUSU 
Resepi Asal: Irfan Syazwanshah 
Dicuba oleh: Kak Noor, Sajian Dapur Bonda

Bahan-bahannya:
1 cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung 
1/3 cup tepung susu nespray (wajib pakai) 
¾ cawan gula kastor (nak manis letak 1 cawan) 
¼ cawan fresh milk 
6 biji telur Gred A
40 gram ovalette 
80gm butter - dicairkan (Kak Noor guna Buttercup) 

Cara-caranya: 
1. Satukan semua bahan kecuali butter dalam mangkuk pengadun. 
2. Mix sehingga gebu sehingga adunan menjadi putih. 
3. Nak elakkan over kaup minyak atau butter cair, ambil sedikit adunan kek yang dah dimix gebu dalam 2 sudu makan, gaul dengan butter cair sampai sebati baru dicampurkan ke dalam adunan kek tadi. Kaup 5 kali cukup. 
4. Guna loyang saiz 8 x 8. Terlebih dahulu sapukan loyang dengan shortening dan taburkan tepung gandum. 
5. Masukkan adunan di dalam loyang dan letak beberapa titik pewarna ikut citarasa masing-masing dan kemudian dilorek-lorekkan ikut kreativiti masing-masing. 
6. Hentak loyang dua tiga kali. 
7. Bakar guna suhu 170 – 180C api atas bawah mengikut oven masing-masing. Kalau ada oven yang berkipas, on kipas supaya kek masak dengan lebih gebu. 

Nota: 

Semasa membuat kek ini Kak Noor menggunakan:

1. Oven Soner seperti dalam gambar. Bakar guna suhu 150C selama 35 minit.
2. Loyang 9" x 9" sebab Kak Noor tak ada loyang 8" x 8". Malas nak beli baharu.😅
3. Guna mentega sahaja untuk disapukan pada loyang sebab ketiadaan shortening dirumah.

Untuk memudahkan pencarian resepi , boleh layari FB Syazwan Shah


(i) Irfan Boboyot
(ii) Irfan Syazwanshah
(iii) Meroti bersama Irfan dan Wani
(iv) Video membuat kek span marble susu

Iklan Nuffnag

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

Iklan Nuffnang