Iklan Nuffnang

Iklan Nuffnang

12 April 2014

IKAN KELI GORENG BERLADA, kegemaran anak-anakku.

Assalamualaikum.

Lebih kurang dua bulan Kak Noor tidak singgah di persada Sajian Dapur Bonda untuk berkongsi resepi. Terasa rindu untuk berceloteh di blog ini tetapi terpaksa dilupakan seketika. Malam ini singgah sebentar untuk berkongsi resepi kegemaran anak-anak yang disediakan untuk makan tengah hari tadi.





Suka sangat anak-anak Kak Noor hari ini dapat makan ikan keli goreng berlada bersama nasi panas. Apapun sekurang-kurangnya seorang dapat seekor, tak nak dikongsi. Baru puas dimakan dan diratah.  So... masa di pasar, mesti make sure beli ikan keli lebih daripada enam ekor.  Kalau enam ekor tu kira ngam-ngamlah untuk suami dan anak-anak, tidak temasuk tukang masaknya ye...!  Pandai-pandailah nak makan sekali atau dua kali ke, tapi seorang seekor aje ye!   Tapi kebiasaannya Kak Noor beli lebih.  Alang-alang dah nak beli dan nak masak kan!  Kak Noor memang tak pernah makan ikan keli ini sejak kecil lagi. Mungkin disebabkan bonda Kak Noor tidak makan ikan air tawar, so beliau tidak pernah masak ikan keli dan ikan-ikan air tawar yang lain untuk keluarga.

Selera anak-anak Kak Noor banyak ikut ayahnya, tak cerewet macam ibunya dari segi makanan. Sebenarnya Kak Noor geli nak pegang ikan keli ni.  Mula-mula dulu sampai nak termuntah semasa menyiangnya kerana tidak tahan dengan bau hanyir dan lendirnya.  Tetapi demi anak-anak yang memang suka sangat makan ikan keli ini, maka Kak Noor cuba juga untuk memasaknya.  Dan Alhamdulillah, sekarang ini dah ok.

Kalau dulu harga ikan keli agak murah, tetapi sekarang ini sekilo telah mencecah RM8.00.  Di kedai seekor ikan keli goreng berlada dijual dengan harga RM5.00.  Mahal kan! Apa yang tak mahal, semua barangan dan makanan mahal sekarang ini.   Tak puas anak-anak kita makan kalau kita beli di kedai.  Kalau ada enam anak, dah kena spent RM30. untuk sekali makan.  Takkan nak beli dua ekor sahaja untuk dikongsi. Lagipun ikan keli ini kalau tidak dicuci dan dibersihkan dengan betul, akan terasa kehanyirannya. Kak Noor memang the very cerewet mengenai bab ini.  So better masak sendirilah kalau dah cerewet kan....!

Just nak share resepi ringkas ikan keli goreng berlada ini dengan pembaca semua.  Jom tengok apa specialnya resepi ini.

Bahan-bahannya:

10 ekor ikan keli sederhana besar 
1 sudu besar sos ikan
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis dan menggoreng







Bahan-bahan dikisar kering
(menggunakan food processor):

6 biji cili merah 
3 biji lada besar (cili solok)
5 biji cili padi hijau
5 biji cili padi merah
6 tangkai cili kering - direndam sehingga lembut, dan dibasuh.
2 biji bawang besar - dibelah empat
6 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup








Cara Membersihkan Ikan Keli.

1.  Kebiasaannya ikan keli yang kita beli di pasar telah siap dipotong hujung kepala dan dibelah perutnya.  Bagi memudahkan kita memegang ikan keli yang agak licin dan berlendir, apa yang perlu kita buat ialah masukkan ikan keli di dalam sebuah besen bersama beberapa sudu garam besar dan beberapa biji limau kasturi yang diperah airnya.  Tutup dengan tudung periuk dan goncang.  Ketepikan selama 5 minit, kemudian ambil limau kasturi tadi dan gosok-gosokkan atas badan ikan keli.   Basuh ikan keli.  Anda akan dapat rasakan ikan keli telah kurang berlendir dan mudah untuk dipegang.
2.  Bersihkan semua bahagian isi perut hingga insang serta buang sekali darah beku pada bahagian kepala untuk menghilang hanyir.  Potong kedua-dua patil dan sirip ekor serta sirip-sirip yang lain. Cuci dengan air bersih dan perapkan bersama limau kasturi dan garam selama 10 minit. Kemudian dibersihkan.


Cara-cara memasaknya:
1.  Selepas ikan dibersihkan, lumur dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, gaul rata.  
2.  Panaskan minyak. Goreng ikan tadi sehingga garing, angkat dan toskan. Susun di atas pinggan. 
3.  Tumis bahan-bahan kisar tadi hingga garing.  Tuangkan 1/2 cawan air, sos ikan, garam dan gula secukup rasa.  Kacau lagi dan masak sehingga bahan-bahan tadi kering sedikit.
4.  Kemudian curahkan sambal tadi di atas ikan.  Siap untuk dimakan.

Iklan Nuffnag

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

Iklan Nuffnang